KEJAM. Ini Punca Bapa Penggal Dan Bawa Kepala Anak Ke Balai Polis

| March 6, 2021 | 0 Comments

KEJAM. Ini Punca Bapa Penggal Dan Bawa Kepala Anak Ke Balai Polis | Seorang bapa bertindak kejam dengan memenggal kepala anak perempuannya dan membawa kepala tersebut ke balai polis, bila disoal kenapa penggal kepala anak sendiri, jawapan diberi memang tidak patut. Baca selanjutnya..

TAK SUKA TEMAN LELAKI ANAK

New Delhi – Seorang bapa di India tergamak memenggal anak perempuannya yang berumur 17 tahun kerana tidak menyukai pilihan teman lelaki mangsa.

penggal kepala anak

Sarvesh Kumar kemudian berjalan kaki ke balai polis berdekatan sambil membawa kepala anaknya dan berkata, dia akan memenggal kepala teman lelaki mangsa sekiranya terserempak dengan pemuda tersebut.

Jenayah bermotifkan maruah keluarga itu berlaku di Kampung Pandetara, negeri Uttar Pradesh di utara India minggu ini.

Kata Kumar, dia memenggal kepala anaknya menggunakan objek tajam kerana tidak bersetuju dengan percintaan gadis tersebut.

“Ya saya yang penggal, bukan orang lain. Badannya ada di dalam bilik di rumah kami,” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan, NDTV kelmarin.

Polis menemui badan anak perempuan Kumar di rumah keluarga berkenaan. Mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat manakala polis menahan Kumar dan isterinya.

Uttar Pradesh merekodkan kes jenayah tertinggi terhadap kanak-kanak di India dengan 7,444 kes diikuti Madhya Pradesh (6,503) dan Maharashtra (6,402).

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *