KEJAM. Lelaki OKU Dibakar Hidup-Hidup Ganti Mayat Orang Lain

| April 14, 2021 | 0 Comments

KEJAM. Lelaki OKU Dibakar Hidup-Hidup Ganti Mayat Orang Lain | Gara-gara tidak mahu membakar mayat ahli keluarga mereka, seorang lelaki OKU menjadi mangsa skim ‘pertukaran mayat’ dengan dibakar hidup-hidup. Baca selanjutnya..

UPAH CULIK UNTUK GANTI MAYAT

Beijing – Seorang lelaki di China dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menculik, memberi dadah, mengurung dan membakar hidup-hidup mangsa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sindrom down, empat tahun lalu.

Menurut akhbar South China Morning Post semalam, teruduh bernama Huang diupah oleh sebuah keluarga kaya yang mahu menggantikan mayat saudara mereka untuk proses pembakaran mayat dalam skim ‘pertukaran badan’.

Mangsa, Lin Shaoren, 36, diculik ketika mengutip sampah di tepi jalan pada 1 Mac 2017. Huang menculiknya dan memaksa dia menelan arak dalam kuantiti yang banyak.

Apabila Shaoren tidak sedarkan diri, dia dimasukkan ke dalam sebuah keranda yang siap sedia untuk ke tempat pembakaran mayat bagi pihak waris keluarga yang mengupah Huang.

Menurut laporan, keluarga si mati enggan membenarkan mayatnya dibakar seperti termaktub dalam undang-undang tempatan dan mahu mendiang dikebumikan bagi menuruti permintaan terakhirnya.

Huang dilaporkan menerima bayaran £12,000 (RM68,234) bagi skim ‘pertukaran badan’ itu.

Shaoren disenaraikan sebagai orang hilang selama dua tahun sebelum keluarganya mendapati dia telah dibunuh pada November 2019 apabila polis menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menyelesaikan jenayah itu, lapor Sohu News.

Huang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Shanwei pada September lalu. Dia membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Rakyat Guangdong tetapi ditolak pada Disember lepas.

Di sebahagian wilayah China terutama di bandar-bandar besar, majlis pengebumian adalah dilarang oleh kerajaan.

Pihak berkuasa berpendapat pembakaran mayat menjimatkan penggunaan tanah dan lebih mesra alam.

Namun banyak keluarga lebih selesa mengebumikan anggota keluarga mereka kerana kepercayaan agama bahawa ia adalah satu-satunya cara untuk mendiang mati dengan tenang.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *