Gara-Gara Rimas Tangisan Anak Buah, Lelaki Bertindak Kejam Tikam Leher Bapa | Akibat tidak dapat mengawal emosi, seorang warga emas dikatakan cedera parah akibat ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya dalam satu kejadian yang berlaku di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Gara-Gara Rimas Tangisan Anak Buah, Lelaki Bertindak Kejam Tikam Leher Bapa

Mangsa yang dikenali sebagai Azmail Mohd Salmon, 66, difahamkan mengalami kecederaan di bahagian leher kepala, telinga, tapak tangan kiri dan lengan kiri.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas suspek yang dikatakan berang apabila anak saudaranya ang baru berusia 4 tahun menangis tanpa henti namun hanya dibiarkan sahaja oleh bapanya yang ketika itu berada di lokasi kejadian.

Tidak semena-mena, suspek telah bertindak di luar kawalan dengan memukul pesara terbabit dengan tangan sebelum dia dilaporkan telah pergi ke dapur untuk mengambil sebilah pisau sebelum bertindak menikam warga emas itu berkali-kali.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohamad Ismail Jamaluddin, mereka telah mengesahkan kejadian tesebut serta memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya kes pergaduhan terbabit.

Berikutan itu, pihak polis dilaporkan telah berjaya menahan suspek yang berusia 28 tahun selepas menemui kesan cap jari di lokasi kejadian.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati suspek mempunyai masalah mental sejak lima tahun lalu dan mengambil ubat setiap enam bulan sekali.

Motif kejadian dipercayai akibat daripada berang kerana mangsa didakwa hanya membiarkan seorang kanak-kanak menangis menurut Mohamad Ismail dalam satu kenyataan.

Sebelumnya, kejadian tersebut telah tular di media sosial dan dikaitkan dengan kejadian melibatkan kelar leher namun pihak polis telah menafikannya dan mengesahkan bahawa mangsa kini telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber: Malaysiakini

Share.

Leave A Reply