KEJAM! Menyamar Sebelum Merogol 6 Peniaga. Seorang lelaki di Jayapura, Indonesia dipercayai menyamar menjadi pembeli sebelum merogol empat peniaga yang menjual pada waktu pagi. Baca seterusnya.

Seorang lelaki di Jayapura, Indonesia dipercayai menyamar menjadi pembeli sebelum merogol empat peniaga yang menjual pada waktu pagi. Bagaimanapun tindakan suspek, 34, mengundang padah selepas dia ditahan oleh pihak polis.

Menyamar jadi pembeli

Memetik laporan Kompas, selain daripada merogol suspek turut dipercayai mencuri barangan milik mangsa sebelum ditahan pada Selasa yang lalu.

Ada empat laporan polis dari 22 Mac hingga 8 Mei 2022. Di mana terdapat insiden rogol dan kecurian dengan kekerasan.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah dengan cara mendekati mangsa sebelum membawanya ke sebuah lokasi lalu merogol wanita berkenaan.

Penjenayah pikat mangsa dengan beli barangan dalam kuantiti yang banyak. Kemudian mangsa dibawa ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal ke Daerah Muara Tami sebelum merogolnya dan mengugut menggunakan pisau.

Hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah merogol sebanyak enam kali dan jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 12 tahun.

Sumber: OB

Share.

Leave A Reply