Sepasang suami isteri bertindak kejam apabila sanggup meninggalkan mayat anak lelaki mereka yang meninggal dunia selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, dekat sini, malam kelmarin.

Kejam! Pasangan Suami Isteri Tinggal Mayat Anak Selepas Terlibat Kemalangan

Difahamkan, pasangan suami isteri itu masing-masing berusia dalam lingkungan 30-an dan 20-an melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan sebuah pikap milik pengguna jalan raya lain yang ingin membantu keluarga terbabit.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kemalangan berlaku pada jam 11.30 malam, apabila lelaki itu bersama isteri dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor, di sini.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, Proton Iswara yang dipandu lelaki berkenaan cuba memotong sebuah lori namun tiba-tiba ia gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan.

Jelasnya, kenderaan terbabit telah berpusing beberapa kali menyebabkan bergesel dengan lori berkenaan.

Sambungnya, akibat kemalangan itu, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar daripada kenderaan dan seorang kanak-kanak lelaki telah tercampak di tengah jalan dan kemudian digilis sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Beliau mendakwa, mangsa yang berusia dua tahun telah disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Jelai.

Katanya dalam satu kenyataan, mayat telah dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Bagaimanapun, Anuwal berkata, lelaki dan wanita yang terbabit dengan kemalangan itu telah melarikan dengan sebuah pikap milik pengguna jalan raya yang memberi bantuan di tempat kejadian.

Pasangan terbabit telah ditangkap di rumahnya di Felda Bukit Jalor, dekat sini.

Siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan telah dibuka, manakala kereta yang dipandu lelaki berkenaan telah dibuat pemeriksaan dan didapati telah menjumpai dadah.

Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985 turut dibuka.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya berkenaan diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06-4412502 atau 06-4431999, bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply