KEJAM! Pekerja Pasar Raya Pijak Kanak-Kanak Hingga Mati | ROMPIN – Seorang pekerja pasar raya didakwa di Mahkamah Majistret Rompin hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Noor Ab. Manap,31, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan ke atas penama bernama Adam di sebuah rumah di kampung Janglau pada pukul 2 pagi, 11 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan dan Osman Abdullah.

Mahkamah menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia dan forensik.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply