KEJAM. Pemuda Bunuh Dua Wanita Kerana Benci Golongan Wanita

| March 18, 2021 | 0 Comments

KEJAM. Pemuda Bunuh Dua Wanita Kerana Benci Golongan Wanita | Entah apa yang menyebabkan lelaki ini mempunyai perasaan sedemikian rupa hingga tergamak melakukan perbuatan seperti itu. Baca selanjutnya..

BUNUH WANITA SEBAB BENCI

Jakarta – Seorang pemuda di Indonesia mengaku membunuh dua wanita kerana mempunyai perasaan benci terhadap golongan itu, lapor Suara.com, baru-baru ini.

Muhammad Rian yang berusia 21 tahun ditahan polis atas tuduhan membunuh dua mangsa di Bogor iaitu Diska Putri dan Elya Lisnawati di Jawa Barat.

“Saya benci perempuan,” demikian pengakuan Rian yang dirakam oleh polis yang menahannya dan tular di media sosial.

Suspek berkata demikian selepas ditanya oleh polis tentang motif dua pembunuhan yang dilakukannya sebelum ini.

Ketua Polis Bogor Kota, Komisioner Besar Susatyo Purnomo Condro memberitahu suspek ditangkap di tempat persembunyiannya di Depok, Jawa Barat.

“Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan detektif polis Bogor, kami berjaya membongkar kes dua pembunuhan melibatkan dua wanita baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *