KEJAM. Remaja Perempuan Dibunuh Dan Kaki Dipotong Guna Batu. | Seorang remaja perempuan dilaporkan dibunuh sebelum kakinya dipotong menggunakan batu gara-gara enggan melakukan hubungan seks.

Seorang pelajar sekolah menengah yang diberi nama samaran M berusia 17 tahun di Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan, telah menjadi mangsa pembunuhan sadis oleh teman lelakinya sendiri.

Pelaku yang digelar sebagai A berusia 17 tahun telah memotong kaki mangsa menggunakan seketul batu leper.

Mayat mangsa dilaporkan ditemukan pada Ahad, 11 September lalu di sebalik batu di Sungai Biangloe, Kabupaten Bantaeng. Dilaporkan bahawa, suspek bertindak memotong badan mangsa kerana perasaan cemburu.

Mayat mangsa yang sudah berbau busuk ditemui dalam keaadan tidak sempurna. Ketika ditemui, kakinya telah dipisahkan dari badannya.

Ketua Polis Bantaeng, AKBP Andi Kumara, berkata mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 1 September lalu. Pada hari kejadian, mangsa telah pergi ke sekolah namun dia tidak pulang ke rumah.

 

“Minggu lalu, mayat mangsa ditemui di tempat bermandi manda Eremerasa. Mangsa ditemui pengunjung lain dalam keadaan reput dan kakinya terpisah dari badan,” katanya pada Isnin lalu.

Polis turut menahan teman lelaki mangsa, yang juga pelajar sekolah menengah di Kabupaten Bantaeng.

“Teman lelaki mangsa itu telah mengaku perbuatannya. Mangsa dibunuh dengan cara dicekik, kemudian kaki mangsa dipotong menggunakan batu,” katanya.

Andi menjelaskan, pelaku memotong kaki mangsa yang maut menggunakan batu leper dan kaki mangsa juga terpisah dari badannya.

Andi Kumara mendedahkan, motif pembunuhan adalah kerana mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya. Suspek kemudian mencekik mangsa hingga mati.

Suspek juga mengaku sakit hati, kerana mangsa telah mengeluarkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply