KEJAM! Seorang Kanak-Kanak Perempuan [email protected] Slps Kepala Dihentak Bapa Tiri. | Allahu… Kejamnya manusia. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia selpeas dihentak dengan benda tumpul oleh bapa tirinya. Selain itu, usus kanak-kanak tersebut pecah. Baca selanjutnya.

Kajang: Kanak-kanak perempuan maut akibat didera bapa tirinya di rumah mereka di sini, kelmarin. Mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul selain ususnya pecah.


GAMBAR SEKADAR HIASAN

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang selepas tidak sedarkan diri, 11.33 malam semalam.

Menurutnya, mangsa yang menaiki ambulans disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan oleh doktor pakar hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan perut yang menyebabkan usus pecah.

“Selain itu terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun, 2.25 petang tadi.

Katanya, suspek ditahan di perkarangan Hospital Serdang.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh berhubung dengan polis termasuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Ray Erindra Raj di talian 019-6616640,” katanya.

Sumber : HM

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Seorang Pemuda Maut Bertembung Dengan Lori.

Kluang: Seorang penghantar barang maut selepas Honda Civic dipandu terbabas lalu bertembung sebuah lori dalam kemalangan di kilometer (KM) 21 Jalan Renggam – Simpang Renggam di sini 2.30 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Nur Fitri Azlan, 23, maut serta merta di lokasi kejadian akibat parah di kepala, lutut sebelah kiri dan badan.

Bahrin berkata, mangsa sebelum itu dari Johor Bahru bagi membeli barangan motosikal.

“Mangsa mempunyai perniagaan kedai motosikal yang diusahakan bersama rakannya.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu lori dari arah Renggam menghala ke Simpang Renggam manakala mangsa yang maut dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa disyaki hilang kawalan dan memasuki laluan lori berkenaan lalu berlanggar.

“Akibat dari pelanggaran itu, pemandu kereta mengalami kecederaan yang teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori berusia 48 tahun bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota dihantar ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Il Norhisam Ihwan berkata, pihaknya mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan alatan bagi menyelamat namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 6.19 petang tadi,” katanya.

Share.

Leave A Reply