Polis telah mengenal pasti seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam  kejadian di hadapan sebuah kondominium di Setapak di sini.

KEJAM! Seorang Lelaki Panah Anjing. 'Ini' Tindakan Polis Seterusnya..

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.

Menurutnya, kita telah menerima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan video tular tersebut pada jam 10.31 pagi, Ahad.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 ( Akta 772) dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Sebelum ini, rakaman video tular berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang lelaki memiliki busur serta anak panah mengekori seekor anjing dan memanah haiwan tersebut.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 03-92899110.

Share.

Leave A Reply