Kejam. Suami Kantoi Curang Bakar Isteri Hidup-Hidup

| February 2, 2021 | 0 Comments

Kejam. Suami Kantoi Curang Bakar Isteri Hidup-Hidup | Tindakan kejam suami apabila membakar isterinya hidup-hidup hanya kerana orang ketiga, tergamak betul si suami ni. Baca Selanjutnya..

BAKAR HINGGA MATI

Jakarta: Seorang lelaki di Deli Serdang, Sumatera Utara ditahan polis selepas membakar isterinya hidup-hidup berikutan wanita itu cemburu dengan perempuan simpanannya.

suami bakar isteri

Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Jhon Harto Panjaitan berkata, pasangan suami isteri itu pada mulanya bertengkar selepas suspek membawa balik perempuan simpanannya ke rumah mereka.

Jelas Jhon, pertengkaran mereka memuncak apabila suspek mencurah minyak tanah ke badan isterinya lalu membakar wanita itu.

“Insiden itu mengejutkan penduduk kampung dan mereka bergegas ke rumah suspek untuk menghalangnya, namun bapa suspek mengacukan parang kepada sesiapa yang cuba masuk campur.

“Kejadian itu menyebabkan isteri suspek mengalami luka melecur yang serius sehingga dia meninggal dunia ketika dibawa ke hospital,” katanya.

Selepas insiden tersebut, penduduk menahan suspek dan dia cuba melarikan diri sebelum polis tiba dan menangkapnya.

Sumber : Utusan

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *