KEJAM! Suri Rumah Bertengkar Dengan Teman Lelaki Anak. Tak Sangka Ini Yang Terjadi.. | PERTENGKARAN yang tercetus di sebuah apartment di Sandakan, Sabah berakhir tragedi apabila seorang suri rumah maut dikelar di bahagian leher.

Mangsa warga Indonesia berusia 59 tahun itu dipercayai dibunuh oleh teman lelaki anaknya sendiri.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anak perempuannya berusia 25 tahun didatangi suspek di rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, berlaku pertengkaran lalu suspek bertindak mengelar leher mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Anak perempuan mangsa pula cedera ringan di bahagian tangan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, selepas kejadian, suspek yang juga warga tempatan berusia 31 tahun bertindak menyerah diri di Balai Polis Sandakan dan tangkapan segera dibuat.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent untuk tujuan bedah siasat, manakala suspek kini ditahan reman,” katanya.

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply