Kejam, Wanita Didakwa Tuang Petrol Dalam Mulut Anak Dan Bakar Sampai Mati, Ini Puncanya.

| March 20, 2021 | 0 Comments

Kejam, Wanita Didakwa Tuang Petrol Dalam Mulut Anak Dan Bakar Sampai Mati, Ini Puncanya | Seorang wanita telah ditahan kerana didakwa menuangkan petrol ke dalam mulut lalu membakar anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia di salah sebuah hospital di Kursk, Rusia selepas menderita dengan kesan lecur 48 peratus.

Anastasi Baulina, 31, merupakan seorang juruwang berang dengan tindakan anaknya yang ingin membocorkan rahsia mengenai skandal yang dia temui kepada suaminya yang juga merupaka ayah tiri mangsa.

Bengan dengan tindakan mangsa, suspek dikatakan bertengkar dengan mangsa sebelum membawa ke halaman rumah dan menuang minyak petrol ke dalam mulut mangsa lalu membakarnya.

Laporan mengatakan suspek sempat berkata “Mari kita lihat macam mana kamu terbakar” kepada mangsa yang ketakukan sebelum menggunakan pemetik api.

Kakaknya Natasha, 12, yang merupakan saksi kejadian kejam ibu mereka itu mengatakan dia nampak adiknya menangis dan meraung ketika ibunya menuang petrol ke dalam mulut adiknya.

Kejadian tersebut disedari oleh ayah tiri mereka Pavel Baulin, 35, terus memadamkan api dan memanggil ambulans.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia dua hari kemudian akibat lecur yang teruk.

Suspek dihadapkan ke mahkamah dan akan dikenakan hukuman 20 tahun penjara jika disabit kesalahan.

Sumber : Daily Star

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *