Kejar Motosikal Lari Lawan Arus, Anggota JPJ Maut Nahas | Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan di kilometer (km) 13 Lingkaran Karak berhampiran sebuah stesen minyak menghala Plaza Tol Gombak di sini pada Ahad.

Kejar Motosikal Lari Lawan Arus, Anggota JPJ Maut Nahas

Mangsa dikatakan cuba mengejar sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak dengan menunggang secara melawan arus di laluan tersebut.

Difahamkan sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas di laluan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak sekitar jam 9.30 pagi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu oleh seorang lelaki warga asing.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply