Kekasih Kerat Mayat Teman Wanita 35 Bahagian | Polis India menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh teman wanitanya dan mengerat mayat teman wanita sehingga 35 bahagian.

Lelaki kerat mayat teman wanita 35 bahagian

Menurut media tempatan, Aftab Ameen Poonawalla mengerat tangan teman wanitanya, Shraddha Walkar selepas mencekiknya.

Suspek mengaku melakukan pembunuhan itu dengan memberitahu dia membuang senjata digunakan untuk mengerat badan Walkar.

Setakat ini, polis menemui enam bilah pisau dan semuanya telah dihantar ke Makmal Sains Forensik untuk memastikan sama ada salah satu senjata itu digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Kes pembunuhan Walkar berjaya dibongkar selepas polis New Delhi menahan Poonawalla kerana didakwa membunuh dan mengerat seorang wanita.

Mayat Poonawalla dikerat 35 bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di New Delhi.

Media tempatan menyatakan suspek menyimpan bahagian badan dalam peti sejuk selama tiga minggu sebelum membuangnya.

Setakat ini polis telah menemui 13 bahagian, namun tengkorak mangsa belum ditemui.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Lelaki Bunuh Bekas Tunang. Hukuman Mati Dikekalkan

Mahkamah Persekutuan, hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya, sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sungai tujuh tahun lalu.

Lelaki Bunuh Bekas Tunang. Hukuman Mati Dikekalkan

Rayuan terakhir Yuwafee Heidi Hamdan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya ditolak oleh panel tiga hakim yang mendapati tiada merit dalam rayuannya.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel itu berkata, terdapat keterangan ikut keadaan untuk membuktikan Yuwafee bersalah.

Katanya, kami mendapati sabitan ke atasnya adalah selamat dan kami mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyabitkan perayu (Yuwafee) dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Dua lagi hakim yang merupakan anggota panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Yuwafee, 33 dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Oktober 2019 selepas didapati bersalah membunuh Normaizatul Nor Jaya, 22, seorang penyambut tetamu hotel di bawah jambatan Jalan Lombong, Saujana Putra di Sungai Jenjarom Kuala Langat, Selangor pada 29 Mei 2015.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 19 Julai tahun lalu.

Menurut fakta kes, Yuwafee mengaku dia melakukan kesalahan itu dalam perbualan telefon dengan bekas teman wanitanya, Farah Adiba Badarudin.

Farah memberi keterangan di dalam perbicaraan itu bahawa Yuwafee memberitahunya bagaimana perayu melemaskan Normaizatul dengan menutup hidung dan mulut mangsa sehingga mati dan membuang mayat wanita itu ke dalam sungai.

Mayat wanita itu yang sebahagiannya sudah reput ditemukan dua hari kemudian di dalam sungai. Yuwafee kemudiannya ditahan pada 9 Jun 2015.

Dalam perbicaraan itu, pihak pendakwaan juga memanggil dua saksi, seorang rakan perayu dan kawan baiknya yang juga memberi keterangan bahawa Yuwafee memberitahu mereka bahawa dia membunuh wanita itu.

Semasa perbicaraan itu juga mahkamah diberitahu Normaizatul telah membuat laporan polis selepas perayu menyerangnya pada Januari dan Mei 2015.

Dalam pembelaannya, Yuwafee berkata, beliau mengaku membunuh wanita itu kepada Farah kerana dia ingin melihat reaksi bekas teman wanitanya terhadap perbuatannya itu.

Yuwafee diwakili oleh peguam K Mahendran dan Chan Hwi Ching, sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya How May Ling.

Sumber: Harian Metro 

 

Kekasih Paksa Kahwin, Lelaki Bertindak KEJAM Kerat 35 Badan Teman Wanita

Seorang lelaki bertindak mengerat teman wanitanya kepada 35 bahagian sebelum membuangnya ke hutan Mehrauli di Delhi, India.

Memetik laporan News Nine, lelaki dikenali sebagai Aftab Ameen Poonawalla didakwa membunuh teman wanita bernama Shraddha di sebuah flet di Mehrauli.

Menurut pihak berkuasa Delhi, mayat wanita itu ditemui selepas 18 hari kejadian berlaku.

NDTV melaporkan kejadian berlaku apabila pasangan ini bergaduh dan Poonawalla bertindak kejam mencekik dan mengerat anggota badan teman wanita itu sebelum menyimpan cebisan mayat di dalam peti sejuk yang dibeli selepas kejadian.

Menurut sumber kepada NDTV, Poonawalla akan keluar pada jam 2 pagi setiap hari untuk membuang anggota badan mayat.

Segalanya terbongkar apabila bapa mangsa, Vikas Madaan datang ke Delhi untuk memeriksa selepas tidak dapat menghubungi anak perempuannya.

Dia kemudian membuat laporan kes culik di balai polis Mehrauli selepas mendapati rumah flet didiami anaknya berkunci.

Menurut sumber lagi, pergaduhan berlaku disebabkan wanita itu mendesak Poonawalla untuk mengahwininya.

Sementara itu, Poonawalla telah ditahan pihak polis pada Sabtu lalu dan proses mengesan baki anggota badan sedang diteruskan.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply