Kelindan Lori Maut Langgar Belakang Treler Rosak | Malang tidak berbau, Seorang kelindan lori maut selepas lori yang dinaiki melanggar bahagian bucu belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah, di sini hari ini.

Nahas sekitar pukul 2.30 pagi itu mengorbankan Abdul Nasir Imran, 60, manakala pemandu lori berusia 25 tahun cedera ringan di kepala.

Lori Berhenti Alami Kerosakan Teknikal

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 33 tahun itu berhenti di tengah jalan kerana mengalami kerosakan teknikal sebelum lori syarikat penghantaran yang dinaiki mangsa melanggar bucu belakang treler tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian.

Guna Alatan Khas Keluar Mangsa Tersepit

Katanya, setibanya di lokasi, kerja-kerja penyelamatan segera dijalankan bagi mengeluarkan seorang mangsa tersepit.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 4.05 pagi,” katanya.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Seorang Pemandu Lori Maut Dlm Kemalangan Lori Bertembung Van

Seorang Pemandu Lori Maut Dlm Kemalangan Lori Bertembung Van | Kuching: Pemandu lori maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah van di simpang Kelaoh, Lundu, kelmarin.

Mangsa Tersepit Dalam Lori

Mangsa, Azirul Shamsul Tahir, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan manakala pemandu van, Chin Kai Yiu, pula hanya mengalami cedera ringan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.10 tengah hari.

Mangsa Meninggal Dunia Di Tempat Kemalangan

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi didapati seorang mangsa lelaki tersepit di dalam lori manakala mangsa di dalam van berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba di lokasi.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian menggunakan peralatan RTA sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : HM

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Satu Keluarga Nyaris Maut Kereta Kena Hempap Kayu Terjatuh Daripada Lori

Satu Keluarga Nyaris Maut Kereta Kena Hempap Kayu Terjatuh Daripada Lori | BATU PAHAT: Kejadian yang tidak disangka apabila sebuah keluarga sempat keluar menyelamatkan diri, sebaik kereta dinaiki mereka dihempap kayu terjatuh daripada sebuah lori yang terbabas di Jalan Kluang-Ayer Hitam berhampiran persimpangan lampu isyarat Ayer Hitam, tengah hari kelmarin.

Lori Mengalami Masalah Brek

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lori terbabit dipandu seorang lelaki berusia 30-an dipercayai dalam perjalanan dari Yong Peng menuju ke Kluang, dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni jalan terbabit.

Saksi kejadian, Faizal Abdullah, 34, berkata dia ternampak pemandu dan penumpang kereta Honda bergegas keluar menyelamatkan diri.

“Selain itu, muatan kayu juga terkena sebuah lagi kereta yang berada di belakang Honda HRV terbabit.

“Keluarga terbabit tidak cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Pemandu lori pula sempat keluar ikut tingkap hadapan yang pecah dan tidak cedera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kemalangan itu menyebabkan laluan dari Kluang menuju Ayer Hitam sesak sejauh lebih tiga kilometer kerana hanya satu laluan dibuka.

Kereta Rosak Dihempap Akar Pokok

Tinjauan mendapati kerja-kerja mengalihkan muatan kayu giat dijalankan menggunakan jengkaut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Zuraidi Muhamed, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.54 petang sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati sebuah Honda HRV dan Proton Wira rosak akibat dihempap muatan akar pokok.

“Mangsa berjaya keluar dan diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian dan operasi tamat pada jam 2.14 petang,” katanya.

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply