Kem Tentera Meletup Ragut 20 Nyawa Dan Ratusan Cedera

| March 7, 2021 | 0 Comments

Kem Tentera Meletup Ragut 20 Nyawa Dan Ratusan Cedera | Tragedi menakutkan yang mengorbankan 20 nyawa serta ratusan yang lain cedera selepas sebuah kem tentera meletup angkara petani. Baca selanjutnya..

PETANI BAKAR POKOK HINGGA API MELARAT

Malabo, Republik Equatorial Guinea – Sekurang-kurangnya 20 maut manakala ratusan lagi cedera selepas empat letupan berlaku di sebuah kem tentera yang turut memusnahkan kawasan perumahan berhampiran di bandar Bata semalam.

Rakaman disiarkan saluran TGVE menunjukkan bangunan-bangunan terbakar dan runtuh dalam radius yang luas di kem Nkoa Ntoma, dengan asap tebal memenuhi ruang langit.

Menerusi rakaman itu juga, kanak-kanak dan wanita dilihat dibawa keluar dari runtuhan di kawasan yang terlibat dengan letupan tersebut.

Kementerian Kesihatan memberi amaran bahawa masih ramai yang berkemungkinan terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut.

Sementara itu, Presiden Teodoro Obiang Nguema berkata, kemalangan itu berlaku selepas petani tempatan tidak mengawal kebakaran di kawasan itu, sekali gus menyebabkan ledakan bahan letupan yang disimpan secara tidak sempurna oleh tentera di kem berkenaan.

“Bandar Bata menjadi mangsa kemalangan yang berlaku akibat kecuaian unit dipertanggungjawabkan menyimpan bahan letupan, dinamit dan peluru di kem tentera Nkoa Ntoma.

“Bahan-bahan tersebut disambar api berpunca daripada batang pokok yang dibakar petani di ladang-ladang mereka, seterusnya menyebabkan depot berkenaan meletup,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan mengatakan angka kematian mencecah 20 orang manakala 600 individu cedera.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *