Kemalangan membabitkan enam kenderaan di Plaza Tol Sungai Petani Selatan di sini semalam dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70.

Kemalangan Babit Enam Kenderaan Selepas Dirempuh X70. Ini PUNCANYA

Pemandu Proton X70 tersebut dikatakan tertekan pedal minyak akibat terlelap.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.04 petang itu, pemandu SUV berusia 32 tahun dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan.

Manakala, tiga lagi pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan telah memberikan kenyataan berhubung kejadian ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila SUV Proton X70 dipandu seorang wanita merempuh belakang kereta Perodua Axia.

Perodua Axia itu dipercayai sedang menunggu giliran untuk memasuki lorong RFID di laluan keluar menghala ke arah bandar.

Rempuhan kuat itu menyebabkan Proton X70 hilang kawalan lalu merempuh panel elektrik milik PLUS di sebelah kiri bahu jalan sebelum terbalik.

Pada masa sama, dua penunggang motosikal yang sedang melalui lorong motosikal cuba mengelak kereta Proton X70 yang terbabas itu.

Akibat cuba mengelak kereta itu, motosikal yang dinaiki mereka telah hilang kawalan.

Kemudian, mereka merempuh pagar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima serta Toyota Vios yang diletakkan di deretan kedai bersebelahan plaza tol.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu Proton X70 itu terlelap semasa menghampiri plaza tol dan tidak menyedari kakinya tertekan pedal minyak.

Dia yang mengalami kecederaan pada kepala berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Kemudian, pemandu itu dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

Dua penunggang motosikal berusia 56 dan 62 tahun yang cedera turut dihantar ke hospital sama.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply