Kematian Covid-19 Ke-20. Individu 76 Tahun Dari Kelantan. TAKZIAH. | Kes kematian wabak Covid-19 semakin meningkat ke 20 kematian. Terkini seorang individu 76 tahun dari Kelantan meninggal dunia. Baca selanjutnya. TAKZIAH.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan CPRC kebangsaan.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun sosial medianya sebentar tadi, kes kematian yang ke-20 itu adalah merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun dan telah disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang tadi.

“Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun.

“Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020,” tulisnya.

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3159316017425598/?type=3

Sumber : Noor Hisham Abdullah

Share.

Leave A Reply