Kematian Covid-19 Ke-35. Wanita Berusia 57 Tahun. TAKZIAH.

| March 29, 2020 | 0 Comments

Kematian Covid-19 Ke-35. Wanita Berusia 57 Tahun. TAKZIAH. | Kes kematian wabak Covid-19 semakin meningkat ke 35 kematian. Terkini seorang wanita berusia 57 tahun  meninggal dunia. Baca selanjutnya. TAKZIAH.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini.

Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Sumber : Dr Noor Hisham Abdullah

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *