Kena Culik 5 Hari Lalu, Wanita Dijumpai Di Gaung Tak Bernyawa | Sejak dah tak PKP ni, makin menjadi-jadi kes culik dan bunuh ni. Penjenayah makin berani. Takut. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

MAYAT WANITA MANGSA CULIK DITEMUKAN DALAM GAUNG

Mayat wanita dipercayai mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor Selasa lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng di sini selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.

Beliau berkata susulan penemuan mayat wanita itu, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lalu bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.

Ahmad Dzaffir berkata lelaki yang negatif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan reman selama 15 hari bermula Rabu lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

TERKINI LELAKI 20-AN DITAHAN KES CULIK DAN BUNUH

Seorang pemuda ditahan polis untuk siasatan kes culik dan bunuh seorang wanita, yang mayatnya ditemui dalam gaung dekat Bukit Tekali, Hulu Langat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata pemuda berusia 20-an itu ditahan di Ampang, Selangor, kelmarin.

Beliau berkata, pada Isnin lalu, polis menerima satu laporan mengenai seorang wanita berusia 27 tahun yang diculik dari kawasan Broga, Lenggeng, pada jam 6.30 petang.

“Sehari sebelum itu, pihak polis dimaklumkan pengadu telah menerima mesej yang meminta sejumlah wang tebusan. Bertindak dari laporan berkenaan, polis telah menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa.

“Namun, kira-kira 3.30 petang pada 27 September, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat Selangor menerima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan penemuan satu mayat dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati mayat berkenaan adalah mangsa yang sedang disiasat. Ia berdasarkan Kad Pengenalan dan dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berikutan penahanan lelaki berkenaan yang bekerja di syarikat swasta, pihaknya percaya menyelesaikan kes terbabit.

“Suspek ditahan reman selama 14 hari bermula 28 September hingga 12 Oktober untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961,” katanya.

KOMEN NETIZEN

Abdul Kadir Bador
Kalau kes altantuya dahulu buat Cara ini tahan suspek Dan remah.agak agak bolih selesai kes ini dengan mudah kot…

Shahrulshah Anuar
Kt Malaysia Ni..penculik kalau dibunuh untuk menyelamatkan mangsa.. agak2 org yg membunuh suspek culik kena tangkap tk

DUIT Tonewow ยท
Kejam betul manusia mcm ni..takde hati perasaan ke

Kredit BH1, BH2, BERNAMA

Share.

Leave A Reply