Kenapa Ismail Sabri Jadi Calon PM UMNO? Ahmad Maslan Cerita Kisah SEBENAR Malam Tadi

| August 18, 2021 | 0 Comments

Kenapa Ismail Sabri Jadi Calon PM UMNO? Ahmad Maslan Cerita Kisah SEBENAR Malam Tadi | Sebelum nama Ismail Sabri diletakkan sebagai calon, dilaporkan nama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi juga telah dipersetujui menjadi calon perdana menteri sebelum ini selepas berada di kedudukan ketiga, menurut Ahmad Maslan.

Kenapa Ismail Sabri Jadi Calon PM UMNO? Ahmad Maslan Cerita Kisah SEBENAR Malam Tadi

Setiausha Agung UMNO tersebut telah menjelaskan bahawa nama teratas untuk dipertimbangkan oleh parti itu malam tadi ialah presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi, diikuti timbalanna Mohamad Hasan.

Walaubagaimanapun, perubahan berlaku selepas itu dalam mesyuarat Biro Politik Umno dan majlis kerja tertinggi (MKT) parti berkenaan apabila Ahmad Zahid menarik diri kerana tidak mahu namanya dicalonkan.

Kata Ahmad Maslan, nama kedua yang naik ialah (Mohamad) tetapi kerana dia tidak memenuhi kriteria disebabkan statusnya hanya sebagai seorang Adun justeru mereka telah membuat keputusan menamakan Ismail Sabri sebagai calon.

Rekod Ismail Sabri telah menunjukkan beliau sudah mula menggerakkan usaha mengumpul sokongan untuk dicalonkan parti mengisi kekosongan yang ditinggalkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

Pada asalnya ahli parlimen Bera itu dilihat tidak sehaluan dengan Ahmad Zahid kerana komitmen yang diberikannya – serta sebahagian besar menteri lain dari Umno – kepada Muhyiddin dan Perikatan Nasional.

Di sebalik arahan MKT Umno agar ahli-ahli parlimen Umno menarik diri daripada kerajaan, Ismail Sabri serta enam menteri lain menolak daripada mengikut ketetapan tersebut.

Berikutan itu, daripada sembilan ahli parlimen Umno yang dilantik Muhyiddin menyertai kabinetnya, hanya dua orang saja yang telah meletak jawatan iaitu Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Ahmad merupakan antara ahli parlimen yang menyebelahi Ahmad Zahid menurut laporan Malaysiakini.

Difahamkan kini, keadaan telah berubah selepas sekurang-kurangnya 11 ahli parlimen telah memihak kepada Ahmad Zahid dan mengalih sokongan mereka kepada Ismail Sabri.

Pada masa sama Ahmad menganggap Ismail Sabri sebagai calon yang berkelayakan kerana dia berpengalaman, seorang bekas menteri kanan dan bekas timbalan perdana menteri selain menyifatkan beliau sebagai calon yang paling berkelayakan.

Sumber: Malaysiakini

Tags: , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *