Kenderaan 4X4 Rempuh Treler, Pemandu Maut |Seorang pemandu maut apabila kenderaan pacuan empat roda (4X4) merempuh belakang sebuah treler hadapan sebuah bank di Pantai Remis, dekat sini, awal pagi ini.

Kenderaan 4X4 Rempuh Treler, Pemandu Maut

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30an disahkan maut di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 1.51 pagi.

Tambahnya dalam satu kenyataan, nahas melibatkan sebuah Toyota Hilux telah melanggar bahagian belakang sebuah treler yang berada di parkir tepi jalan.

Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Amir Hamid tamat jam 2.25 pagi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply