Port Dickson: Kematian seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di rumahnya dipercayai dibunuh akibat cinta tidak berbalas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada 9 Mei, jam 12.30 tengahari, wanita berusia 67 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang Port Dickson.

Menurutnya, Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

“Mayat wanita warga emas itu kemudiannya terus dibawa ke Hospital untuk bedah diasat bagi mengenalpasti punca kematian.

“Pada 16 Mei lalu, jam sekitar 12.50 malam, polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan pembunuhan wanita malang ini.

“Suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun di tahan di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Aidi Sham berkata, kertas siasatan ‘mati mengejut’ juga sudah diklasifikasikan semula dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, motif pembunuhan adalah disebabkan cinta tidak berbalas.

“Kertas siasatan juga sudah dirujuk kepada Pengarah Timbalan PendakwarayaNegeri Sembilan dan sudah mendapat arahan pertuduhan dibawah Seksyen 302 KKdan suspek juga akan turut dituduh dibawah Seksyen 411 KK,” katanya.

Tambah beliau, suspek akan dihadapkan keMahkamah Majisteret Port Dickson esok untuk pertuduhan.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Tak Puas Hati Putus Tunang, Lelaki Tik4m Wanita Sebanyak 8 Kali Hingga M4ti

Akibat cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan, seorang lelaki tergamak menikam bekas tunangnya sebanyak lapan kali dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli belah terbabit dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.

Katanya, susulan daripada panggilan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

“Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka dua hari sebelum kejadian.

“Oleh itu, suspek cuba memujuk mangsa di tempat kerjanya, namun mangsa enggan meneruskan hubungan mereka atas sebab peribadi,” katanya dalam kenyataan pada tengah malam Selasa.

Katanya lagi, berang dengan keputusan mangsa menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa.

“Suspek menikam sebanyak lapan kali pada bahagian tubuh mangsa sehingga menyebabkan kematian.

“Pihak paramedik yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamat mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 1 petang sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk dibedah siasat.

“Suspek pula ditahan reman untuk membantu siasatan dan pisau yang digunakannya turut dirampas,” katanya.

Kalsom berkata, kes yang disiasat di bawah 302 Kanun Keseksaan itu dianggap telah selesai selepas suspek berjaya ditangkap.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply