Kerana Ingkar PKP Mak Lapor Polis. Remaja Ini Kena “Ceramah” Dengan Ketua Balai Polis. Ada Video.

| April 7, 2020 | 0 Comments

Kerana Ingkar PKP Mak Lapor Polis. Remaja Ini Kena “Ceramah” Dengan Ketua Balai Polis. Ada Video. | “Mak tak dengar, pak saudara tak dengar, apa nak jadi..? “Saya cabar kamu, tunjukkan lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti.”

Itu antara kata-kata nasihat dizahirkan Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Mohd Ropiza Hassan terhadap seorang remaja lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Kuak di sini.

Video perbualan antara pegawai polis bersama remaja berusia 15 tahun itu tular di media sosial sejak jam 9 malam tadi.

Dalam video berdurasi 1 minit 37 saat itu, pegawai berkenaan menegur kedegilan remaja itu yang sudah beberapa kali tertangkap kerana meninggalkan rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Difahamkan sikap remaja itu mengundang resah keluarganya yang kemudian meminta pihak polis sendiri datang memberikan amaran dan kata nasihat.

“Kalau sekali tidak mengapa, ini dah tiga empat kali anak buah (anggota polis) beritahu, hari ini dah tangkap lagi sekali. Apa ke hal?

“Kalau tak ada orang lain boleh monitor kamu…Hah dalam lokap biar kami monitor, makan nasi bungkus, duduk rumah batu tak de katil. Kamu nak macam tu?” kata Mohd Ropiza sepertimana dalam video berkenaan.

Beliau turut menasihati remaja berkenaan, sebagai anak sulung dan telah kematian bapa, dia sepatutnya mengutamakan pelajaran dan mengambil peluang tempoh duduk di rumah untuk mengulang kaji pelajaran.

“Belajar betul-betul, (kamu) anak sulung yang lelaki pula tu. Kamu tak fikir ke? Ayah tak de (tiada). Kerajaan bagi masa suruh duduk rumah bacalah buku.

“(Belajar) sampai ke menara gading, bantu keluarga, bukan ikut hati dan perangaimu itu,” katanya.

Selari dengan kata nasihat itu, beliau turut memberikan cabaran agar remaja berkenaan bertemunya dalam tempoh lima tahun lagi bagi membuktikan dia mampu berjaya.

“Apa yang saya bagitahu ni kamu ambil. Kamu tunjuk pada saya lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti.

“Jumpa saya di Balai Lenggong, cakap yang kamu dah berjaya sampai ke IPTA (institusi pengajian tinggi awam), saya cabar kamu macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian itu berlaku di pekarangan rumah keluarga remaja berkenaan sekitar jam 3.30 petang.

Katanya, polis menerima aduan daripada ibu remaja itu meminta anaknya diberikan nasihat agar tidak lagi bersikap sambil lewa terhadap pematuhan PKP.

“Tiada sebarang tindakan diambil terhadap remaja itu, dia hanya diberikan kata nasihat sepertimana diminta oleh ibunya sendiri,” katanya.

#COVID-19

#COVID-19VIDEO PILIHAN: NASIHAT ITU UMPAMA 'UBAT' YANG MAMPU MENYEMBUHKAN“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”(Surah Al-Imran: 104) Kata-kata nasihat yang baik itu ibaratnya ubat yg dapat menyembuhkan penyakit. Kita mampu membeli ubat, namun untuk merasai pahit dan kesan ubat tersebut, kita terpaksa menelannya dahulu. Begitulah dengan kehidupan adik ini, kami hanya boleh memberikan nasihat agar sentiasa menghormati kedua ibu bapa dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan. Selebihnya, ia terpulang kepada diri individu itu sendiri untuk menerimanya atau tidak.Semalam tular video Ketua Polis Balai Lenggong, Inspektor Mohd Ropiza Hassan sedang menasihati seorang remaja yang ditahan kerana ingkar PKP di Kampung Kuak, Lenggong, Perak. Semoga usaha murni Pegawai Polis tersebut cuba mencorakkan masa depan remaja ini mendapat ganjaran dari Yang Maha Esa.Kami bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga netizen yang sentiasa menyokong usaha warga Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan PKP untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang melanda negara kini.#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, April 6, 2020

Sumber : SH

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *