Kerana Mahu Tolong Rakan, Wanita Berdepan Hukuman Gantung

| May 2, 2021 | 0 Comments

Kerana Mahu Tolong Rakan, Wanita Berdepan Hukuman Gantung | Niat seorang wanita yang ingin menolong rakannya setelah dijanjikan pekerjaan di sebuah syarikat di Serian membawa padah apabila ia ditahan di lapangan terbang pada Rabu lalu kerana membawa bagasi yang mengandungi ganja.

Kerana Mahu Tolong Rakan, Wanita Berdepan Hukuman Gantung

Wanita tempatan berusia 27 tahun yang bekerja sebagai ejen insuran secara sambilan itu  ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 3.25 petang setelah tiba dari Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Herman Shah Abdullah berkata, dadah itu dikesan pegawai JKDM yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) hasil imbasan terhadap bagasi.

Beliau berkata, pemeriksaan rapi yang dilakukan terhadap bagasi berkenaan menemui 18 bungkusan yang dibalut dengan kertas hadiah dan kertas karbon  yang mengandungi ganja seberat 18.2 kilogram.

Katanya lagi, hasil siasatan awal, wanita terbabit mengaku pergi ke semenanjung pada 22 April lalu untuk melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Tambahnya, ketika wanita berkenaan berada di hospital itu, dia mendakwa didatangi rakannya yang meminta bantuan membawa sebuah bagasi ke Kuching seterusnya sebagai ganjaran, dia dijanjikan dengan pekerjaan di sebuah syarikat di Serian sebaik selesai menjalani kuarantin 14 hari di Kuching.

Herman berkata, dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM 45,660 dan ia merupakan rampasan terbesar yang dilakukan pihaknya tahun ini.

Katanya, wanita itu direman selama tujuh hari mulai 29 April lalu bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *