Kerani Wanita Kerugian RM 79,600 Akibat Diperdaya Macau Scam

| June 9, 2021 | 0 Comments

Kerani Wanita Kerugian RM 79,600 Akibat Diperdaya Macau Scam | Seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM79,600 dan lebih memburukkan keadaan apabila ia terpaksa berhutang dengan empat rakannya selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam.

Kerani Wanita Kerugian RM 79,600 Akibat Diperdaya Macau Scam

Hal ini terjadi selepas ia tertipu dengan dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memperdayakan mangsa kononnya dia terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Wanita yang berusia 51 tahun itu kemudiannya menyedari dirinya ditipu oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali mengatakan dia terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram ketika berada di tempat kerjanya, awal bulan ini.

Katanya, suspek menghubungi mangsa menggunakan nombor telefon didakwa IPK Sabah untuk meyakinkan wanita itu dan suspek kemudiannya mengirimkan nombor akaun untuk pemindahan wang menggunakan WhatsApp.

Suspek juga mendakwa jika mangsa ingin selesaikan masalah berkenaan, dia dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu. Oleh itu, pada Jumaat sehingga Ahad yang lalu wanita itu mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM65,000, malah turut meminjam RM14,600 daripada empat rakannya.

Mangsa kemudiannya membuat pemindahan wang di mesin deposit tunai (CDM) sebanyak lapan kali dengan nilai keseluruhan RM 79,600 di sebuah bank di Teluk Intan.

Beliau berkata, selepas memasukkan wang yang diminta suspek di dua akaun berbeza, wanita itu kemudiannya mendapati nombor telefon suspek tidak dapat dihubungi.

Tambahnya, pihak polis kini dalam usaha mengesan suspek dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *