Kerbau Mowgli Mati Mengejut. Ini Mungkin Puncanya.

| September 14, 2020 | 0 Comments

Kerbau Mowgli Mati Mengejut. Ini Mungkin Puncanya. | Sedih mendengar berita mengenai kematian kerbau kerbau kesayangan Mowgli Malaysia, adik syukor. 30 ekor mati dalam tempoh singkat dan kerugian dianggarkan mencecah 200 ribu ringgit.

Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperolehi dua minggu lagi

Public Health

Apakah itu penyakit Hawar Berdarah?

Penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS ialah penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Penyakit ini menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.

Wabak penyakit boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan. Sebah itu bagi mencegah jangkitan ini, sekurang kurangnya 70% ternakan dalam setiap gerompok perlu diberi vaksin HS sebaiknya sebelum bermulanya musim hujan

Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangkamasa 8 – 24 jam selepas dijangkiti dan jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.

Gejala

kelesuan, kemurungan, tidak aktif, demam, mulut dan hidung yang berlendir, bengkak pada bahagian kepala, leher dan dada serta membran mukosa menjadi merah.
.

Semoga adik syukor dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan diberi rezeki yang lebih baik dimasa hadapan.

Sumber : Public Health Malaysia

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *