Kereta Adik Beradik TUDM Terbalik Di Tapah. Adik Maut, Abang Parah. AL FATIHAH. | Takziah buat keluarga anggota TUDM yang meninggal dunia selepas kereta terbalik di Tapah. Baca selanjutnya. Al Fatihah.

ADIK MAUT, ABANG PARAH DALAM KEMALANGAN DI TAPAH

Seorang lelaki maut manakala abangnya cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 319.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Kereta Adik Beradik TUDM Terbalik Di Tapah. Adik Maut, Abang Parah. AL FATIHAH.

Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, Mohd. Amin Zulkeflee, 22, yang cedera parah maut di tempat kejadian manakala abangnya, Mohd. Saifullah Shafaiz, 25, pula cedera di muka.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik yang merupakan anggota tentera dan bertugas di Markas Tentera Udara, Bahagian Sumber Manusia di Jalan Padang Tembak itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, apabila sampai di tempat kejadian, kereta Proton Saga FLX yang dipandu Mohd. Amin hilang kawalan dan terbabas ke kiri lebuh raya.

Katanya, akibat kemalangan itu, Mohd. Amin cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala abangnya mengalami kecederaan pada muka.

Kereta Adik Beradik TUDM Terbalik Di Tapah. Adik Maut, Abang Parah. AL FATIHAH.

“Mayat Mohd. Amin dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan abang mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Share.

Leave A Reply