Kereta Berpusing. Seorang Lelaki Maut Terlibat Kemalangan.

| September 23, 2020 | 0 Comments

Kereta Berpusing. Seorang Lelaki Maut Terlibat Kemalangan. | Gua Musang: Seorang lelaki menemui ajal dipercayai memandu kereta dalam keadaan mengantuk menyebabkan kenderaannya bertembung dengan pikap di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, petang hari ini.

eksiden

Mangsa, Asmadi Awang, 44, berasal dari Kampung Bukit Pagar, Kuala Krai, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Bagaimanapun, pemandu pikap Toyota Hilux, Muhammad Azrul Amri Che Aziz, 24, bersama penumpang Khalil Yaacub, 34, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku 4.30 petang dekat Felda Chiku 3.

Beliau berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Waja seorang diri dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Katanya, apabila tiba di lokasi, kereta mangsa hilang kawalan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pikap berkenaan.

“Kedua-dua kenderaan itu masing-masing berpusing atas jalan sebelum kenderaan pikap pula terbabas ke dalam longkang.

“Orang ramai membantu mengeluar mangsa yang berada di tempat duduk pemandu dalam kenderaan remuk itu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Chiku untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, mayat pemandu kereta Proton Waja di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *