MUAR: Tindakan pantas orang ramai memecah pintu kereta menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap selepas kenderaan dipandunya terbabas dipercayai diserang sawan di Parit Perupuk, Jalan Abdul Rahman, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, mangsa berusia 50 tahun hanya cedera ringan selepas kereta Proton Persona merempuh tiang lampu.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa berseorangan dalam perjalanan ke bandar ini sebelum diserang sawan, menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Muar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.51 pagi sebelum menggerakkan empat anggota dan tiga Unit Bermotor Bomba (RIM) ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba kira-kira 10 minit kemudian, bomba mendapati mangsa sudah dikeluarkan orang ramai yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

“Sebelum itu, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan terperangkap dalam keretanya, dipercayai diserang sawan sebelum terbabas ke bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut dengan operasi menyelamat tamat pada jam 12.20 tengah hari.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Lelaki Meningg4l Dunia Kereta Terjatuh Dlm Longkang Sedalam 5 Meter

KULAI – Seorang pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam longkang sedalam lima meter di Taman Puteri, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.21 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai enam anggota beserta sebuah jentera dari BBP Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sana, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah terbabas dan terjatuh ke dalam longkang dengan kedalaman lima meter.

“Mangsa iaitu pemandu yang merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun didapati maut dalam keadaan tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Firdaus, anggota kemudian bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum membawa mangsa naik menggunakan ‘stretcher’.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi itu kemudian ditamatkan pada pukul 3.32 pagi,” jelasnya.

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply