Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori yang disyaki membuat pusingan U di hadapan Balai Polis Bukit Raja, di sini pada Rabu, baru-baru ini.

Kereta Langgar Lori Ketika Buat Pusingan U, Dua Maut Dalam Nahas

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.29 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian.

Norazam berkata, laporan awal kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dipercayai membuat pusingan U di hadapan balai polis berkenaan.

Jelasnya, sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki dua lelaki dari arah Jalan Haji Sirat menghala ke Kapar telah melanggar lori berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa itu tersepit di dalam kereta dan dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan dibantu oleh sebuah jengkaut.

Kereta Langgar Lori Ketika Buat Pusingan U, Dua Maut Dalam Nahas

Ujarnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 3.50 pagi itu disahkan telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Norazam memaklumkan pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply