Sebuah kereta nyaris hangus dijilat api dengan enam sekeluarga di dalam kereta tersebut. Namun syukur nyawa yang seperti di hujung tanduk berjaya diselamatkan kerana tindakan pantas orang awam.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Amir, 29 tahun atau lebih dikenali sebagai Am merupakan antara  individu utama yang tiba untuk menghulurkan bantuan.

Dapat diperhatikan dalam video tular yang dimuatnaik dalam akaun Tiktok Amir, orang awam bertungkus-lumus untuk membawa keluar penumpang  di dalam kereta dan seterusmya memadamkan api yang sedang marak.

“Waktu tu, saya nak balik rumah melalui jalan dekat Setia Alam, Selangor. Tiba-tiba saya nampak ada sebuah kereta berhenti tepi jalan dengan enjin berasap. Mula-mula saya ingat overheat biasa saja, sekali api mula marak.”

“Saya terus berhenti tepi pergi tolong sebab saya nampak ada budak lagi dalam kereta tu. Saya pergi lari ambil budak tu bawa dia masuk kereta saya, tempat selamat.”

@budak.tadika

♬ original sound – Budak Tadika – Budak Tadika

“Saya risau kereta tu meletup saja. Waktu tu pun ada seorang lelaki yang datang tolong juga,’ kata Am ketika dihubungi.

Menurut Am, salah seorang penumpang dalam kereta itu merupakan wanita lewat usia dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak.

“Ada juga budak kecil berumur dalam lingkungan tiga hingga enam tahun dan seorang bayi berusia dua tahun serta seorang warga emas.

“Anak-anak tu saya suruh mereka duduk dalam kereta saya dulu sebab asap dekat luar dah tebal. Orang awam lagi seorang tu dia tolong pemandu angkat makcik uzur yang tak boleh jalan tu.

“Mereka angkat makcik tu dan rehatkan dia di tepi jalan jauh daripada kereta yang tengah berasap tu. Api pun dah mula besar waktu tu,” cerita Am yang merupakan seorang jurugambar bebas.

Am sempat menggambarkan bagaimana riak muka pemandu kereta itu penuh kerisauan kerana dia sebagai ketua keluarga semestinya hampir gugur jantung dengan situasi tersebut.

“Lepas dah selesai bawa keluar semua orang, memang nampak muka pemandu tu resah dan pasrah. Mesti dia tak sangka yang kereta nak terbakar rentung macam itu.”

“Saya pulak asyik teringat insiden beberapa bulan lepas melibatkan seorang suami yang hanya boleh melihat isteri dia rentung terbakar dalam kereta sebab terperangkap.”

“Nasib baik dalam kejadian hari ini, semuanya selamat,” ujar Am.

“Pihak berkuasa dipanggil ke tempat kejadian tetapi menurut Am oraang awam terlebih dahulu berjaya memadamkan api tersebut.”

“Ada sebuah van datang dengan bekalan air dekat dalam, terus sambungkan dengan paip dan sembur ke arah api yang marak.’

“Memang laju semua buat kerja. Orang awam juga tolong bawa keluar baramg berharga seperti kerusi roda dan dokumen,” ceritanya.

Ketika ditanya punca kebakaran itu, Am yang sempat bebrbual dengan pemandu itu berkata mereka mula sedar ada sesuatu yang tidak kena apabila penghawa dingin mengeluarkan angin panas/

“Pemandu tu beritahu tiba-tiba aircond dalam kereta jadi panas. Lepas tu terus enjin depan keluar asap. Dua minit lepas tu, api sudah naik.”

“Mereka sedang dalam perjalanan jauh tu. Sebab saya nampak luggage penuh dalam kereta. Pemandu ada cakap dia dalam perjalanan dari Tanjung Karang tapi mahu ke mana tidak pasti.”

“Punca kebakaran saya tak tahu, tapi macam-macam faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan enjir terbakar,” ujar Am.

Am menitipkan pesanan agar setiap pemandu sentiasa peka menghantar kenderaan untuk diservis apabila tiba waktunya.

“Kalau nak jalan jauh, pergi hantar kereta servis dahulu. Servis bulanan pun pastikan hantar.”

“Mana-mana model kereta pun sama. Sebab kita tak tahu apa yang akamn berlaku dekat dalam enjin, mungkin water cooler dah kurang atau sebagainya.

“Kalau kita detect awal, kita boleh buat dan repair apa yang patut.” ujar Am

“Am berkata dia merakam kejadian itu kerana dia sebagai jurugambar memang sudah terbiasa untuk merakam momen yang berlaku disekelilingnya.

“Saya tiada niat pun nak viralkan apa-apa. Memang dah terbiasa rsksm. Tak sangka pula ramai yang tengok video tersebut.’

“Saya mula rekod tu pun selepas dah tolong apa yang boleh,” kata Am menutup bicara.

Sumber : Mstar

 

 

Share.

Leave A Reply