Kereta Rempuh Treler Muatan Serbuk Plastik, Lelaki Cedera Tersepit | BIDOR: Seorang lelaki cedera tersepit setelah kereta jenis Honda City yang dipandunya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan serbuk plastik di hentian rehat dan rawat (R&R) Ladang Bikam, arah selatan di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.37 pagi.

Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City melanggar belakang treler yang diparkir di bahu jalan menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu kereta tersebut tersepit dan cedera.

“Manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota kemudiannya menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans bagi rawatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Katanya lagi, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Ibrahim itu tamat pada jam 8.14 pagi.

Sumber: AWANI

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pemandu Wanita Kena Sawan Rempuh Tujuh Kenderaan Dan Seorang Penjalan Kaki

Seorang pejalan kaki cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang tiba-tiba mengalami sawan di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi, pemilik dua buah kereta dan lima buah motosikal menerima nasib malang apabila kenderaan mereka mengalami kerosakan dalam insiden itu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pemandu kereta berusia 25 tahun yang memandu sebuah kereta Toyota Vios terselamat walaupun kereta yang dipandu terbalik.

Katanya, kejadian berlaku ketika orang ramai sedang menikmati sarapan pagi, sementara pemandu berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Ketika melalui kawasan tersebut, pemandu wanita berkenaan telah mengalami sawan dan hilang kawalan lalu melanggar seorang pejalan kaki yang dikenali sebagai Zahara sebelum merempuh kenderaan lain.

“Zahara yang berkerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan tersebut mengalami kecederaan di bahagian leher dan telah dihantar ke Hospital Pontian bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini

Tambah Mohammad Shofee, dua buah motosikal yang dirempuh itu mengalami kerosakkan seluruh bahagian, manakala yang lain dibahagian belakang dan sisi kanan, sementara salah sebuah kereta juga rosak seluruh bahagian.

Ujarnya, ketika kejadian semua pemilik kereta dan motosikal terlibat sedang atau telah selesai menikmati sarapan pagi dan terkejut dengan kejadian perlanggaran tersebut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pekan Nanas telah membantu mengeluarkan pemandu kereta Toyota Vios di dalam kereta yang terbalik berkenaan.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply