Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dilaporkan terbabas ke dalam parit berhampiran Masjid Sungai Labu, di sini, awal pagi tadi.

Kereta Terbabas Ke Dalam Parit. 'Ini' keadaan Terkini Mangsa Nahas

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.27 pagi.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dikerah ke tempat kejadian serta dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan petugas Kementerian Kesihatan.

“Anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas sendiri.

“Pemandu terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 7.48 pagi.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply