Seorang maut manakala dua lagi cedera apabila kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka dilaporkan terbabas di Kilometer 79, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, dekat Karak, hari ini.

Kereta Terbabas Langgar Pembahagi Jalan LPT1. 'Ini' Keadaan Terkini Mangsa Nahas

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.25 tengah hari tadi, dan seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan. Dua mangsa di hadapan tersepit akibat rempuhan itu, dan seorang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya lagi, kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas, sementara mangsa yang duduk di belakang hanya mengalami kecederaan.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Zulfadli berkata, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan, sementara mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan proses bedah siasat.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply