Seorang suri rumah nyaris maut selepas kereta dipandu terbabas dan melanggar tiang sebuah rumah sebelum terbalik ketika cuba mengelak seekor babi melintas di Kampung Charuk Tenang, di sini, semalam.

Nurul Ajman Yub, 28, mengalami lebam tangan kanan serta sakit pada bahu kanan, dada, kaki kanan serta badan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kejadian jam 4 petang membabitkan sebuah kereta Perodua Alza.

May be an image of 2 people and outdoors

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai dari arah Sik selepas menghadiri majlis kenduri di Pondok Beris Jaya menghala ke rumahnya di Kampung Landai, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seekor babi melintas dari bahu jalan ke kanan. Disebabkan jarak dekat, pemandu cuba mengelak ke kanan jalan, namun terbabas dan melanggar tiang rumah sebelum terbalik.

Kes disiasat mengikut di bawah Rule 10 LN166/59 dan siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya.

May be an image of outdoors.

May be an image of 3 people, outdoors and tree

May be an image of 5 people, outdoors and tree

May be an image of 9 people, people standing, tree and outdoors

May be an image of 15 people, people sitting, people standing and road

Sumber : BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Motosikal Terlanggar Monyet, Warga Emas Meningg4l Dunia

ALOR GAJAH – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas gara-gara terlanggar seekor monyet di Jalan Lubok China, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Mesah Puteh, 50, yang membonceng meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Alor Gajah.

Suaminya, Jais Hussin, 76, bagaimanapun hanya mengalami luka ringan di kaki dan dirawat di zon hijau hospital sama.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan dari arah pekan Lubok China untuk pulang ke rumah di Ramuan China Kechil.

“Setiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y100 telah melanggar seekor monyet dan terbabas ke kiri jalan serta mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak hospital bagaimanapun memaklumkan bahawa pembonceng wanita berkenaan telah meninggal dunia pada pukul 1.59 petang hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply