Kawasan baik pulih kabel bawah tanah di Jalan AU3 nyaris menyebabkan kemalangan maut apabila kereta yang dinaiki seorang wanita bersama anak lelakinya terbabas dan terjerumus dalam kawasan baik pulih itu di Setiawangsa , pagi tadi .

Kereta Terjerumus Lubang Kabel Bawah Tanah. 'Ini' Keadaan Terkini Dua Mangsa

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, wanita terbabit dilaporkan dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Jalan Pahang, kembali ke rumahnya di AU3.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pemandu kereta berusia 32 tahun itu dilaporkan melanggar penghadang air di lorong kiri dan jatuh ke dalam kawasan pembaik pulih kabel.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, wanita terbabit dan anaknya tidak mengalami kecederaan dan kenderaan mangsa kemudian ditunda keluar dari kawasan pembaik pulih.

Seterusnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 iaitu tidur semasa memandu atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Gambar dan video kejadian ini turut tular dalam laman sosial di mana orang ramai yang melalui laluan sama turut membantu menyelamatkan wanita dan anaknya sebaik kemalangan berlaku.

Sikap prihatin masyarakat juga dipercayai adalah faktor kedua-dua mangsa selamat.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply