Kereta Terputus Dua Akibat Langgar Pokok, Dua Penumpang Maut

| September 5, 2021 | 0 Comments

Kereta Terputus Dua Akibat Langgar Pokok, Dua Penumpang Maut | Satu kemalangan dilaporkan telah berlaku di Jalan Kuala Baram Bypass susulan  dua individu dilaporkan maut dalam nahas melihatkan sebuah kenderaan, di sini, baru-baru ini.

Kereta Terputus Dua Akibat Langgar Pokok, Dua Penumpang Maut

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, laporan kecemasan telah diterima sekitar jam 10.05 malam Ahad selepas dihubungi orang awam dan dilorpkan mereka terus mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kemalangan.

Jelasnya, nahas yang berlaku tersebut membabitkan sebuah kenderaan yang dikatakan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah pokok.

Kenderaan yang dipandunya dilaporkan telah terputus dua sehingga mengakibatkan dia bersama seorang penumpang wanita maut di tempat kejadian.

Mangsa telah dikenalpasti sebagai Mika Barnabas Small, 45, manakala wanita berkenaan belum dapat dikenal pasti identitinya.

Menurut laporan Awani, kereta tersebut terputus dua selepas melanggar sebuah pokok dan setibanya anggota bomba di lokasi kejadian, mereka mendapati kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan tersebut.

Pihak Bomba dan Penyelamat telah melakukan pemeriksaan dan terus bertindak melakukan operasi menyelamat iaitu dengan mengeluarkan mangsa  daripada kenderaan tersebut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan status mangsa.

Mayat mangsa dilaporkan telah dihantar kepada pihak polis untuk diambil tindakan lanjut manakala punca kemalangan dikatakan masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *