Kereta Terputus Dua, Tukang Gunting Rambut Maut Dalam Kemalangan

| October 17, 2021 | 0 Comments

Kereta Terputus Dua, Tukang Gunting Rambut Maut Dalam Kemalangan | Seorang lelaki dipercayai tukang gunting rambut dilaporkan maut dalam satu kemalangan melibatkan kereta Proton Wira selepas kerata yang dipandunya itu hilang kawalan dan terputus dua akibat dirempuh sebuah Volkswagen Golf di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur pada Ahad.

Kereta Terputus Dua, Tukang Gunting Rambut Maut Dalam Kemalangan

Kejadian dikatakan berlaku jam 10 malam melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Zulkhairin Syazwan Abdullah, 22, yang beralamat di Kampung Bahagia Mersing meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku itu sebenarnya melibatkan 3 kenderaan iaitu ketika kejadian berlaku, kereta yang dipandu mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Bestari Jaya menuju ke Sungai Buloh telah bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira di laluan sama.

Kejadian itu mengakibatkan kereta mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit di sebelah kanan dan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh Volkswagen Golf.

Rempuhan tersebut telah menyebabkan kereta mangsa terputus dua dan berpusing 50 meter dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *