Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat berkaitan pembelian undi.

"Kertas siasatan 'Sedekah' Sudah Dibuka" - Ujar SPRM

Beliau berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu.

“Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kami sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya dan kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk kepada kami,” katanya kepada New Straits Times.

Berdasarkan akta itu, rasuah disifatkan berlaku apabila calon atau mana-mana individu membeli undi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan atau pinjaman ketika atau selepas pilihan raya.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda antara RM1,000 dan RM5,000, serta penjara sehingga setahun.

Calon juga boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan juga kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun jika mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

PAS mendapat kecaman selepas satu klip video menunjukkan segelintir individu menghulurkan wang tunai kepada pengundi, menjadi viral.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 itu adalah sedekah.

Beliau dilaporkan berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,” katanya.

Abdul Hadi mendakwa wujud usaha sesetengah pihak khususnya UMNO Terengganu mencabar kemenangan parti itu di Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Sumber: BH

Berita Berkaitan..

Hadi Awang Dakwa Bukan Rasuah Tapi Sedekah Kepada Orang Awam

Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Hadi Awang Dakwa Bukan Rasuah Tapi Sedekah Kepada Orang Awam

Presiden PAS itu berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah maka terpulang kepada dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucap utama pada Majlis Semarak Gelombang Rakyat Bersama PN dan kenduri rakyat di Kampung Tengah, Seri Menanti, di sini, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU-15 membabitkan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Ahmad berkata, petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari itu dibuat kerana beliau berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.

Dakwanya lagi, pengagihan wang itu berlaku di lapan Parlimen di Terengganu, namun kerana kesukaran mendapatkan saksi hanya tiga petisyen dapat difailkan buat masa ini.

Share.

Leave A Reply