Kes Bayi Ditikam Bapa, Ini Keadaan Terkini Bayi Tersebut Selepas Pembedahan

| December 13, 2020 | 0 Comments

Kes Bayi Ditikam Bapa, Ini Keadaan Terkini Bayi Tersebut Selepas Pembedahan | Kuala Lumpur: Bayi perempuan 20 bulan yang parah ditikam bapa di Puchong Permai, Subang Jaya, semalam selamat menjalani pembedahan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, mangsa di bawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang semalam.

“Pesakit kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Azizah (Wanita dan Kanak-Kanak) untuk menjalani pembedahan dan dalam keadaan stabil.

“KKM akan terus membuat pemantauan rapi dan memberikan rawatan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman dilaporkan berkata, suspek berusia 27 tahun dikatakan mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam anak perempuannya itu.

Katanya, sepasukan polis yang menerima maklumat daripada ahli keluarga mangsa kemudiannya bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *