Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya sebagai ahli politik yang cuba ‘melindungi‘ tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom Down bernama Bella.

Kes Bella. Zahid Nafi Lindungi Tertuduh

Kesal dengan tuduhan itu, beliau menegaskan tidak akan pernah melindungi sesiapa yang didakwa terbabit dalam jenayah.

Jelasnya, sebagai insan tentunya beliau juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan. Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes berkenaan dan pastinya semua mahukan kebenaran.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan kes terbabit.

Katanya  melalui satu hantaran di Facebook, menuduhnya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana beliau.

Ahmad Zahid turut menyifatkan dakwaan beliau cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella sebagai tidak masuk akal.

Beliau berpendapat, jika benar beliau mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik melindungi kes sendiri, melindungi kes mahkamah dikenakan terhadap dirinya oleh kerajaan 22 bulan sejurus memperoleh kuasa.

Jelasnya, biarlah mahkamah menentukan kebenaran melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama. Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan seperti dilakukan kerajaan 22 bulan.

Ahmad Zahid juga berharap semua pihak jangan terlalu cepat menuduh dan membuat kesimpulan atas apa yang dibaca dan dilihat.

Beliau berharap mereka yang gigih berusaha memfitnah saya sekali lagi demi politik itu, berhentilah. Jangan terlalu mudah mempercayai sesuatu tuduhan dan dakyah yang dibawa.

Beliau juga menyatakan untuk mengkaji dan selidiki dahulu setiap berita dan cerita yang disebarkan. Jika malas mahu mencari kebenaran, jangan pula rajin menyebarkan kepalsuan. Bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu.

Beliau turut meminta supaya politik fitnah kebencian tidak diulangi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply