Kes Bunuh Dan Bakar, Suspek Didakwa Esok | PETALING JAYA : Pengawal keselamatan yang ditahan berkaitan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada 12 Mac lalu, dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pertuduhan itu dilakukan selepas kertas siasatan dilengkapkan.

Kata beliau, pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras akan membuat pertuduhan ke atas seorang lelaki esok di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, suspek berusia 34 tahun itu disambung reman selepas reman tamat pada Sabtu lalu.

Susulan siasatan itu, polis telan merakam keterangan 37 individu bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan rentung dalam bengkel pertanian kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras.

Cubaan merogol mangsa dipercayai menjadi motif wanita itu yang juga penyelia kedai buku dibunuh sebelum mayatnya dibakar di lokasi kejadian.-UTUSAN

Sumber : Utusan

Share.

Leave A Reply