Kes Covid-19 Meningkat. Rentas Negeri Menjelang Aidiladha. Ini Jawapan Timbalan Menteri.

| July 21, 2020 | 0 Comments

Kes Covid-19 Meningkat. Rentas Negeri Menjelang Aidiladha. Ini Jawapan Timbalan Menteri. | Kerajaan setakat ini tidak membuat sebarang keputusan melaksanakan semula larangan rentas negeri menjelang Aidiladha walaupun trend pandemik COVID-19 meningkat akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, walaupun rekod keadaan semasa berkaitan penularan virus itu kembali meningkat, angkanya masih rendah.

“Belum ada keputusan macam itu lagi (kembali kuatkuasakan larangan rentas negeri). Keadaan tidak bagus sebab kes meningkat tetapi kita masih lagi angka (kes baharu) yang rendah,” katanya ketika ditemui hari ini .

Beliau berkata pada sidang media Parlimen hari ini.

Ditanya apa penanda aras jika mahu pertimbangkan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan adakah jika capai kes harian tiga digit, katanya, tiada angka tepat diletakkan.

“Jika kes memuncak dan banyak, maka kerajaan mungkin terpaksa bertindak demi keselamatan semua orang.

“Itu yang kita tak mahu berlaku sebenarnya. Sebab kita sudah lalui fasa di mana ekonomi terjejas, perhubungan terjejas dan sosial terjejas. Kita tak mahu benda itu berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan tidak menangguhkan sesi persekolahan tahun ini kerana prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Hari ini adalah hari yang penting. Kumpulan terakhir anak darjah satu hingga darjah empat bersekolah semula.

“Memang kerajaan bimbang dengan suasana sekarang. Sebelum mereka dapat kembali ke sekolah, kita adakan SOP iaitu langkah pencegahan.

“Kita dapat lihat awal lagi apabila kita lepaskan pelajar tingkatan lima dan enam, kita melihat kepatuhan SOP dan saya juga ada melawat beberapa sekolah di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata sewaktu pembukaan sesi persekolahan pelajar Tingkatan Lima dan Enam itu sudah ditegaskan jika berlaku kes penularan COVID-19, sesi persekolahan akan dihentikan serta-merta.

“Alhamdulillah, pencegahan berjalan dengan baik. Maka sehingga kini tiada kes yang kita dapati berkaitan dengan sekolah.

“Usaha pencegahan yang sudah diambil sebelum ini akan memberikan manfaat dan menempuh kejayaan kepada sekolah.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *