Kes Culik Bayi 9 Bulan, Ini PENGAKUAN Remaja 14 Tahun Buat Ramai GERAM | Seorang remaja perempuan bawah umur dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang bayi pada 23 Ogos lalu.

Tertuduh berusia 14 tahun dan Muhammad Azrin Budimaeng,18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, remaja itu dan Muhammad Azrin secara bersama melarikan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan di sebuah rumah di No. 4, tingkat tiga, Blok 4, Pangsapuri Idaman Taman Pauh Perai di sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 23 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Fatin Nabila Hussin.

Terdahulu dalam prosiding kes, Fatin Nabila memohon jaminan atas alasan kedua-dua tertuduh masih muda dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM5,000 beserta seorang penjamin. Kes akan disebut semula 3 Oktober depan bagi serahan dokumen.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply