Kes Kematian Di Tapak Pembinaan, 7 Lelaki Direman

| April 22, 2020 | 0 Comments

Kes Kematian Di Tapak Pembinaan, 7 Lelaki Direman | Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki berusia 38 tahun di sebuah tapak pembinaan di Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, semua suspek berusia 19 hingga 34 tahun ditahan di lokasi berasingan.

“Pada jam 1.30 pagi, kami menerima maklumat berhubung seorang lelaki ditahan kerana menceroboh sebuah tapak pembinaan.

“Kami ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki terbabit cedera serta dalam keadaan lemah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang (HTK) namun disahkan meninggal dunia.

Menurut Ramli, mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

“Semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *