Kes Pertama Pegawai Penjara Positif Covid-19.

| October 17, 2020 | 0 Comments

Kes Pertama Pegawai Penjara Positif Covid-19. | Georgetown: Kes pertama pegawai positif Covid-19 dilaporkan di Penjara Seberang Perai, Jawi, semalam.

Kluster Tembok

Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, sebanyak 26 kes aktif dilaporkan di penjara berkenaan, semalam termasuk membabitkan seorang pegawai.

“Petugas kesihatan sudah membuat saringan terhadap kontak rapat pegawai terbabit dan kami masih menunggu keputusan mereka.

“Kami memantau perkembangan ini dengan teliti,” katanya.

Difahamkan, punca jangkitan pegawia berkenaan masih belum diketahui.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, 25 kes aktif di penjara itu semalam membabitkan banduan yang sedang menjalani hukuman.

“Sejak awal, mereka ditempatkan di blok berlainan bersama penghuni baharu termasuk mereka yang positif Covid-19. Semua kes baharu ini membabitkan blok berkenaan.

“Kini, tiada jangkitan dalam kalangan penghuni lama di blok berlainan,” katanya.

Berikutan pertambahan 26 kes baharu itu, sebanyak 54 kes dilaporkan di Penjara Seberang Prai di Jawi.

Sementara itu, Roslan berkata, semua 160 kes positif baharu di Penjara Reman Pulau Pinang semalam membabitkan tahanan.

Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan ketara di penjara berkenaan, prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan untuk menangani situasi berkenaan.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *