Kes Raba Oleh Pemandu E-Hailing Semakin Bertambah! Lagi kes raba berkaitan pemandu e-hailing, polis telah menahan seorang pemandu e-hailing apabila dia telah meraba peha penumpangnya yang berusia 19 tahun. Baca seterusnya.

MIRI: Seorang pemandu e-hailing ditahan polis selepas meraba peha penumpangnya yang juga seorang wanita berusia 19 tahun pada malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, dalam kenyataannya hari ini berkata, suspek berusia 52 tahun ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri jam 10.50 malam di kawasan Marina Times Square.

Mengulas lanjut, katanya kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di Lorong Desa Senadin, dekat sini ketika mangsa menempah khidmat e-hailing untuk ke rumah rakannya di Desa Murni.

“Semasa dalam kereta Perodua Kancil milik suspek, pemandunya mencabul kehormatan mangsa dengan meraba bahagian atas paha kanannya.

“Mangsa turut melihat suspek mengeluarkan sesuatu seperti botol jenis penyembur dan bimbang sesuatu buruk menimpa dirinya, mangsa keluar dari kereta sebaik berhenti di kawasan lampu isyarat berhampiran Poliklinik Tudan, di sini,” katanya.

Alexson berkata, suspek mengekori mangsa sehingga ke Poliklinik Tudan dan memberhentikan kenderaan di perhentian bas berhampiran.

Mangsa yang ketakutan membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH

Share.

Leave A Reply