Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lima individu membabitkan dua bekas pengarah serta tiga pengarah syarikat kejuruteraan.

Kes Rasuah Projek MRT, Lima Individu Ditahan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hal ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Permohonan SPRM bagi penahanan reman tiga suspek telah dibenarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim.

Tiga suspek yang berusia 43 hingga 52 tahun direman bermula hari ini hingga 27 Mac untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, disebabkan faktor kesihatan, dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun yang juga bekas pengarah syarikat kejuruteraan tidak direman.

Namun, mereka akan diperintah hadir ke Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

Kira-kira RM27 juta nilai rasuah yang diterima oleh dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan berkenaan termasuk seorang berpangkat Datuk.

Rasuah tersebut diterima daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat terbabit sebagai perunding projek berkenaan pada tahun 2017.

Share.

Leave A Reply